Search This Blog

Thursday, March 17, 2011

satu penantian







Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah
Seorang hambaNya yang senantiasa zikrullah
Dia seorg lelaki yg tegas dan berani
Dia tidak pernah takut utk berkata benar
Dia tak pernah gentar malawan nafsu yg ingin menguasai diri
Dia senantiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dgn alunan ayat2 suci al-quran
Dgn zikir2 munajat
Dgn surah2 rindu yg dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sdg asyik terpesona dgn buaian cinta dunia
Dia mnyedarkan aku betapa lazatnya lg pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat krana membaca
Suaranya lesu kerana penat mngaji dan berzikir
Badannya letih kerana munajat di malam hari
Dia sentiasa mengingat mati
Baginya dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNya adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa menjaga mata nya dri berbelanja perkara2 maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami agama islam
Dia seorang yg penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti utk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dlm mnghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yg akan menjahit semula 
Sejadah iman nya yg terkoyak
Lantaran mngkin krana khilafannya sendiri
Dia sentiasa mnjaga solatnya kerana itulah maruah diri nya
Dia sentiasa bersdia mnjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah merasa malu mempertahankan agama islamNya
Kerana islam adalah ADDIN Allah yg sebenar—benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat2 Rasullullah S.A.W
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejati dan kekal abadi 
Iaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mngimpikan syurga
Dia ingin mngajak aku kesana sekali
Kerana di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin membawa aku ke syurga yg abadi dan hakiki
Aku mncintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilang lah cintaku padanya
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNya
Cinta ilahi jugalah yg mnyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia????
Aku jugak tidak mngetahui siapakah dia jodohku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta utk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana…..
DIA PILIHANKU…..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...