Pengertian Kasih dan Sayang
Jika engkau mengerti.....
akan erti kasih dan sayang
bukan hanya butiran intan permata
bukan nilainya dipertimbangan dunia
Jika engkau mengerti.....
akan erti kasih dan sayang
bukan kebebasan untuk bersuka-ria
bukan kemewahan menjanjikan alpa
Jika engkau mengerti.....
akan erti kasih dan sayang
bukan hanya belaian lembut dan manja
bukan sentuhan mesra memabukkan rasa
Jika engkau mengerti.....
akan dalamnya erti kasih dan sayang
tidakkan mudah mengalah
tatkala kau hanyut di arus yang salah
tidakkan hanya pasrah berserah
melihat kau berlalu menongkah arah
Jika engkau mengerti.....
akan dalamnya erti kasih dan sayang
bukan mengisi kepentingan sendiri
bukan pemberian mengharap ganti
bukan meminta kau terus disisi
Kerna kasih sayang seorang mama
yang sememangnya membesar dengan tanggung-jawab
ingin mengajarmu tentang hakikat hidup yang hakiki
ingin melepaskanmu pergi dengan keyakinan di hati
bahawa engkau tidak akan tersilap lagi
Semoga kasih sayang mama
meninggalkan kesan abadi di hatimu!
0 comments:
Post a Comment