Search This Blog

Thursday, February 10, 2011

wuduk


Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah 
mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna. 
Insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. 


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah 
dosa mulut dan lidahku ini". 


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, 
putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
ampunilah dosa telinga ku ini". 


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, 
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan 
tempat-tempat maksiat". 


Penjelasannya: 
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah 
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri 
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan 
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri 
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala 
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll 
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali 
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah 


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap 
yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. 


Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. 


Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam 
menghayati Islam? 


Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 


Dan berapa kalikah dalam satu hari anda ambil wudhuk?....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...