Search This Blog

Thursday, February 10, 2011

wanita...








>WANITA
>
>1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
>
>2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
>soleh.
>
>3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000
>lelaki yang jahat.
>
>4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
>80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
>
>5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
>(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
>yang diberikannya.
>
>6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
>dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.








>7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
>kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
>membebaskan 20 orang hamba.
>
>8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
>melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
>penuh rahmat.
>
>9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
>Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
>tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
>maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
>syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
>daripada yakut.
>
>10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
>anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
>bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
>
>11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
>didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
>
>12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
>berkatkan rezekinya.








>13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
>seperti meyapu lantai di baitullah.
>
>14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
>mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
>suka.
>
>15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
>
>16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
>
>16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
>puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
>pahala haji.
>
>17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
>akan dikira sebagai mati syahid.
>
>18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
>tahun solat.








>19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
>maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
>syurga wajib baginya.
>
>20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
>Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
>
>21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
>tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
>pahala tola perak.
>
>22. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
>memasuki syurga.
>
>23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
>pahala 80 tahun ibadat.
>
>24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
>tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
>auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
>
>
>Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
>Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
>Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum
>keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika
>yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah
>kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
>Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
>
>Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan
>jalan kita bertemu Izrail.
>
>Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab
>dipertengahan jalan.
>
>Sekian,wassalam
>
>~Selangkah diriku pada-Mu, Seribu langkah diri-Mu padaku~




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...