Search This Blog

Wednesday, February 9, 2011

perkara sunat pada 10 muharram...


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari    Asyura (10 Muharram)




1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
    fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
    fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
     yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
     tiap-tiap   rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
    fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
    gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala
    seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
    keimanan.
8. Mandi Sunat
    fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
    fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
    nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
    selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
     kerana     Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
    baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
    "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
    fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
    puasa.
14. Puasa
    Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
    Taala.
    fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
    kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.




      Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...