Search This Blog

Sunday, February 27, 2011

ingatlah...!!!


Add caption





INGATLAH!
andai kita terlupakan ALLAH
dalam kelapangan atau kesibukan
dalam kesenangan atau kesusahan






INGATLAH!
jangan jadi anak derhaka
mak ayah jangan dilupa
usah dilukai hati dan perasaan mereka


INGATLAH!
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar pengajarannya
tapi tarbiyah berpanjangan




INGATLAH!
dengarlah dan bacalah al-Quran
ketika di Radio penuh hiburan
ketika di TV penuh Hindustan


INGATLAH!
di mana Islamnya diri kita
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
yang jantan seluar pendek disarungkan


INGATLAH!
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran


INGATLAH!
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan


INGATLAH!
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan


INGATLAH!
diri kita milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan


INGATLAH!
bahawa hidup itu 'harus'
bahawa mati itu 'wajib'
apabila datang yang 'wajib'
maka tinggallah yang 'harus,
mati itu 'benar'
siksa kubur itu 'benar'
neraka itu 'benar'
syurga itu 'benar'
Muhammad itu 'Benar'
Allah juga yang 'Sebenar-benarNya'

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...