Search This Blog

Wednesday, February 9, 2011

bakar jari kerana....................


TRUE STORY- 


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat 
bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati 
tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, 
sepi! 


Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada 
ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan 
sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju 
ketempat sejarah yang mereka sukai. 


Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun 
mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa 
disedar, dah tertinggal. 


Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka 
balik. 


Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas 
giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. 


So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung 
berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah 
letih dan menangis panggil mak ayah. 


Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia 
pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an 
dan bertanya: 
siapa kamu? 
Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak 
pulang. 


berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di 
selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda 
didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal... 


Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je 
sementara tunggu subuh utk hantar di pulang. 


Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur 
atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung 
sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. 


Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup 
seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti 
matanya mengawasi lelaki misteri tu. 


Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar 
jarinya satu persatu. 


Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa 
lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka 
kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi...... 
......??????............................ 


Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asal 
nya. 




Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak 
bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu 
berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amat lah 
sangat. 


Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai 
pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi 
heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya 
kenapa...?????? 


So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan 
cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.Dan sudah 
tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebab 
kan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jari 
nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa 
perempuan tersebut. 


Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari 
itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki 
tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang 
akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam 
yang sudah.................................................. 


MOTIF CERITA.................... 


Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan 
benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan 
halal seumur hidup............... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...