Search This Blog

Tuesday, January 11, 2011

jangan hampiri zina

ALLAH S.W.T berfirman:

     "dan mereka yang memelihara kehormatannya."   
        (Q.S. Al Mukminun: 5)

yakni dari sesuatu yang haram.
     "dan janganlah kamu hampiri perbuatan keji, baik yang lahir mahupun yang batin."    
       (Q.S. Al an'am: 151)

baik yang besar, iaitu zina mahupun yang kecil iaitu mencium, menyentuh atau memandang... sebagaimana tersebut dalam Hadis Rasulullah S.A.W,

     "tangan, kaki, dan mata juga boleh berzina."

ALLAH  S.W.T berfirman:

     "katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangan mereka
      (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatan (jangan berzina). itu lebih suci bagi mereka."
       (Q.S. An Nur: 30)

ALLAH S.W.T telah memerintahkan lelaki atau perempuan memalingkan pandangan dari hal yang haram dan menjaga kehormatan serta mengharamkan zina dalam banyak ayat ALLAH S.W.T telah berfirman:

     "barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya akan menemui dosa (seksa)." 
      (Q.S. Al Furqan: 68)

     dirawikan dari seorang sahabat diaa berkata, "hindarkan akan zina... di dalamnya ada 6 hal. tiga didunia dan tiga diakhirat... yang didunia ialah berkurangnya rezeki, putus ajal dan bermuka durja... ada pun yang diakhirat, kemurkaan ALLAH S.W.T, hisab yang berat dan masuk neraka"...

     Dirawikan bahawa Nabi Musa A.S berkata, "ya tuhan, apakah seksaan untuk orang yang berzina?"
ALLAH S.W.T menjawab:

     "ku kenakan padanya baju besi dari neraka. kalau diletakkan di gunung nescaya hancur."

     Dirawikan bahawa perempuan nakal lebih disukai iblis daripada seribu lelaki jalang... Dalam kitab al-mashabih, rasulullah s.a.w bersabda:

     "jika seseorang berzina, hilanglah imannya dan diatas kepalanya ada semacam kegelapan. jika dia bertaubat dari perbuatan itu, iman akan kembali kepadanya."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...