Search This Blog

Monday, December 20, 2010

...menangis...



Andai satu hari nanti kita gaduh... awak marah la saya... saya terima...
Andai awak dah tak suka saya... awak bagitau jer... saya janji takkan marah awak...
Andai awak dah betul-betul benci saya... awak buatlah apa yang awak suka pada saya... saya tak kisah...
Dan andai satu hari nanti awak nak saya pergi dari hidup awak... saya rela... asalkan awak bahagia bersama orang yang awak suka...
Mungkin satu hari nanti bila awak dah rindukan saya... awak akan ingat kenangan kita bersama...
Mungkin awak akan cari saya... tapi saat tu saya dah tak ada lagi...
Tapi saya nak awak tau yang awak tetap dihati saya... bukan untuk sementara tapi untuk selamanya...

Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihanku... kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan menjauhiku...
Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikanku... kerana mungkin dengan satu keburukan kau akan membenciku...
Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmuku... kerana apabila aku buntu kau mungkin akan menyalahkanku...
Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat ceriaku... kerana mungkin dengan ketidakpandaianku menceriakanmu kau akan menyalahkanku...
Andaikau ingin berkawan terimalah aku seadanya kerana aku juga manusia biasa...

Saya tunggu 9 bulan untuk melihat dunia... menunggu 1  tahun untuk berjalan...
Menunggu 2 tahun untuk belajar bercakap... menunggu 5 tahun untuk mengenal huruf dan angka...
Tapi saya betul-betul menunggu banyak tahun untuk cari kawan seperti awak...
Moga berpanjangan ikatan persahabatan kita... insyaALLAH...

Nasihat ibu...
Janganlah gentar dan ragu, andainya sekali tersungkur dalam usahamu menimba ilmu...
Dalam pencarianmu, anggap cabaran itu pendorong... rintangan jadikan pelindung... kegagalan bukan penghalang...
Waktu semalam kau tersungkur... usah diubah haluan kolekmu...
Tukar saja gaya dayungnya... mencari hala tuju baru...
Usah mudah terasa jemu... sudah adat dalam menuntut ilmu...
Onak dan liku pasti bertemu... kejayaan menanti kedatanganmu...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...