Search This Blog

Wednesday, February 9, 2011

perkara penting


4 PERKARA PENTING

1. Empat yang lebih baik dari empat

i. Rasa malu pada kaum lelaki adalah baik akan tetapi malu kepada kaum wanita adalah lebih baik.
ii. Sikap adil bagi setiap orang adalah baik, akan tetapi sikap adil bagi pemimpin adalah lebih baik.
iii. Taubat orang yg sudah tua adalah baik akan tetapi taubat orang yg masih muda adalah lebih baik.
iv. Mempunyai sifat dermawan bagi orang yang kaya adalah baik, akan tetapi dermawan bagi yang fakir adalah lebih baik.

2. Empat yang lebih buruk dari empat.

i. Dosa bagi yang yang masih muda adalah buruk, akan tetapi doa bagi sudah tua lebih buruk.
ii. Sibuk bg org bodoh dgn dunia adalah buruk, akn ttp sibuk seorg ulama dgn dunia adlah lebih buruk.
iii. Malas untuk melakukan ketaatan bagi semua orang adalah buruk, akan tetapi malas bagi seorang ulama melakukan ketaatan adalah lebih buruk.
iv. Sombong bg golongan yg kaya adlh buruk, akn ttp sombong bg golongan yg miskin adlh lebih buruk.

3. Empat perkara yang akan menjadi sempurna kerana Empat perkara.

i. Sempurnanya solat dengan dua sujud sahwi,
ii. Sempurnanya puasa dengan zakat fitrah,
iii. Sempurnanya haji dengan fidyah dan
iv. Sempurnanya iman dan fisalbilillah.

4. Empat macam lautan

i. Lautan hawa adalah lautan dosa. Hawa adalah condong untuk berbuat dosa.
ii. Lautan nafsu adalah lautan keinginan dan kelazatan. Nafsu adalah condong memenuhi segala keinginan syahwat yang berakhir dengan kemaksiatan.
iii. Lautan maut adalah lautan umur. Maut adalah tempat berakhirnya umur.
iv. Lautan kubur adalahlautan kesedihan. Kubur adalah satu tempat kesedihan, disana kita akan mengalami satu alam yang disebut alam barzakh sementara menunggu hari kiamat
<PIXTEL_MMI_EBOOK_2005>40                                                          </PIXTEL_MMI_EBOOK_2005>

4 golongan ahli neraka



4 Golongan Ahli Neraka

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 



1. Ayahnya 
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 

2. Suaminya 
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya. 

3. Abang-abangnya Apa! bila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

4. Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. 

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman ALLAH SWT:- 
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." 

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim! dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Tasmim :
Lelaki...seringkali kita Ego....,walhal kita berhadapan dengan seberat-berat tanggungjawab.Sebagai ayah, sebagai suami, sebagai abang, sebagai anak lelaki mempunyai amanah yang telah ditentukan oleh Allah terhadap perempuan disekelilingnya.

Perempuan....jika sayangkan ayahmu,jika sayangkan suamimu,jika sayang abangmu, jika sayang anak lelakimu maka sayanglah mereka dengan menuruti perintah Allah dan jauhi larangan Allah.

Semoga masyarakat yang lahir dari individu-individu muslim, mu'min mendapat kehidupan yang barakah dari Allah SWT.


Sunday, February 6, 2011

Rendra ITB 1977

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...